Sunday, 14 August 2011

Tips untuk bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Awas! entry panjang berjela. kalau nak bahagia sila baca sampai habis.

Pernah tak kaw pikir hidup kau ni banyak musibah? Pernah tak kaw terpikir yg hidup kau ni sentiasa caca merba? Pernah tak kau rasa kusut macam semua masalah dilambak atas kepala kau? Pernah tak kau rasa Tuhan tak adil dalam mengatur hidup kau?

Kalau pernah, that’s must something wrong somewhere kau tahu? Sebab ape? Sebab nye Tuhan tak penah uji hambaNya melebihi tahap kemampuan seseorang tu. Kau tahu kan? So, bukan masalah Tuhan tak adil ke ape hidup kau miserable. But semua tu salah kau sendiri. So, sekarang meh kita cekidaut cemane nak hidup dalam kehepian yg melampaui batas.


Jaga hubungan dengan Allah

Cik adik, cik kak, cik abang, makcik, pakcik sekalian. Sebelum kau nak salahkan takdir dengan apa yg berlaku dalam hidup kita, ce pikir balik. Hubungan kau dengan Allah cemane? Kau buat tak apa yg Allah suruh? Kau tinggal tak solat lima waktu? Kau puasa tak dalam erti kata yg sebenar nye? Kau tinggal tak segala maksiat kepada Allah. Kalau ada, cepat-cepat la istighfar. Tanamkan tekad dalam hati yg kau tak nak lagi buat semua tu. Buat cuma ape yg Allah suruh and tinggal segala yg Allah larang. Baru la kau akan rasa hepi.

Ini tak. Ape yg Tuhan suruh buat kau buat tak peduli. Apa yg Tuhan larang kau tergedik-gedik la nak buat. Lepas tu nak banyak cekadak pulak. Sumbat cekodok dalam mulut tigaratuspatbelas bijik kang baru tau.


Jaga hubungan dengan Rasulullah

Kau tau tak betapa penting nye selawat ke atas Nabi tuh? Sehari berape kali je kau selawat? Kau tahu tak yg kita semua ni bertuah sebab dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad? Sebab ape? Sebab nye dekat akhirat nanti Nabi akan tunggu umat Baginda untuk bagi syafaat. Kau tak malu ke masa kat dunia kau tak pernah ingat kat Baginda. Sunat-sunat Baginda kau anggap benda remeh. Bila dengar orang sebut saallahualaihi wasallam kau diam, berat mulut nak jawab. Tetibe masa kat akhirat kau nak mintak syaafat drai Baginda. Kau ingat Baginda akan kenal kau ke?

Macam mana la kau nak rasa bahagia kalau kekasih Allah kau sisihkan? Ingat, perasaan bahagia tu Allah yg titip kan dalam jiwa aku dan kau-kau semua.


Jaga hubungan dengan manusia

Yg ni part yg paling penting ai rasa. Sebab nye, dosa dengan Allah kau boleh mintak ampun. Boleh buat solat taubat. Tapi kalau dosa dengan manusia, selagi manusia tu tak ampunkan, kau bawak la dosa tu sampai ke mati. Dosa manusia dengan manusia Tuhan takkan ampun kan selagi manusia tu tak ampunkan.

Kau tahu, bila dosa dengan manusia tu kau bawak sampai mati, dekat akhirat nanti bila kau pegi mintak ampun kat manusia tu, dia akan mintak pahala amalan kau sebagai ganti. Kau bayangkan, amalan yg kau buat kat dunia ni ade la seciput dua. Lepas tu dosa yg kau buat dengan manusia-manusia ade dekat seratuspatpulohnamribumelion. Berapa je pahala yg kau ada utk kau tunjuk kat Tuhan masa kene soal nanti?

Tak payah cite kat akhirat la. Kau bayangkan kat dunia ni pon. Bila kau banyak dosa dengan manusia. Hubungan dengan manusia kau tak jaga, kau rasa bahagia ke? Tenag ke hidup kau?


Setiap sesuatu tu, lakukan kerana Allah

Kau pernah dengar tak hadis ‘Setiap amalan itu bermula dengan niat'? so, bila nak buat sesuatu tu niat la kerana Allah. Bila dapat assignment bertimbun-timbun kau mula kalut. Lepas tu buat sebab nak puas kan hati lecturer. Siap kan assignment sebab risau carry mark sikit. Rasa bahagia ke macam tu?

So, kalau nak rasa bahagia walaupun assignment or kerja bertimbun-timbun sampai nak tidur pon kene cari space kat bilik tu, niat lah kerana Allah. Ingat, Allah bersama orang-orang yg sabar.

ok, sampai sini dulu tazkirah kita utk pagi ni. anggap la ni kuliah Dhuha utk kau semua. tau ke Dhuha tu ape? lempang nak? artikel ni dicopy dari somewhere tapi diexplainkan oleh ai sendiri. so kalau ade yg terasa tu ai mintak maap siap-siap la ok. ingat, hubungan ngan manusia kene jage. hehehe.

kepada yg nak cakap 'ek eleh amoi ni, dah la amoi nak bg tazkirah lak'. meh nak lempang kau sedas dua. bulan puasa tak baik ngutuk tau. dalam hati pon tak boleh. and entry ni bukan la nak sindir sape-sape. tapi peringatan utk kau org and diri ai sendiri jugak. nobody's perfect kan!



Tahniah sebab berjaya baca sampai habis. Nah sekupang :)

No comments: