Thursday 25 August 2011

kawasan speed trap

Assalamualaikum w.b.t

selamat hari raya. eh belum lagi. selamat balik kg kepada sape sape yg nak balik kg. td masa belek belek uncle gugel dpt 1 info nih. meh nak share kat sini

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting...
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 2744 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaaKESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)1- Km 4.8 selepas exit Batu 32- Km
2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



sumber dari sini tau. ai pon tak tau la kesahihan nye. juz boring tak tau nak update ape. ape ape pon berhati hati di jalan raya. biar lambat asal selamat. ingatlah orang yg tersayang. eceh!

Wednesday 24 August 2011

PHD (Penyakit Hasad Dengki)

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ni berunsur kutukan. sikit je. tak banyak. bulan puasa tak boleh kutuk kutuk kan? tapi tak puas hati ni. korang rasa kan, patot ke tak kes ni?

1. orang dah cakap elok elok nak move out dari kedai dia the end of the year sbb perjanjian sewa dah habis and tak nak perbaharu sebab berbisnes dgn org mcm dia memang menyakit kan hati.

2. bila org dah dapat premis baru and angkat barang sikit sikit sebab takut nanti ade org lain yg amek premis tu dia cakap, "sy nak korang clear kan tempat ni ujung bulan ni jugak"

3. ok fine, juz move out. mujur ramai kawan kawan dedi yg hulur bantuan. masing masing bisnes kan. kene la tolong menolong.

4. then pedajal orang dgn bg bil letrik yg harga nye hampir 1k soh kitorang settle kn. datang maki maki depan customer cakap kitorang kurang ajar sbb tk pedulikan arahan dia. she said that selama kitorang menyewa situ dia yg banyak tanggung bil kitorang. padahal sebalik nya. God knows better

3. takpe. bayar je. biar dia diam. jangan cari masalah dengan orang. dedi pesan. padahal kitorang punye bil paling tinggi pon RM400.00 je kot sebulan. and pihak TNB dh bgtau sbb ape bil kitorang jd banyak. semoga Tuhan je yg balas perbuatan dia.

5. bila pihak telekom datang nak betul kan line kitorang yg mana wayar nye still kat premis lama (kitorang pindah sebelah kedai lama tu je) dia maki maki bebudak TM tu. soh ubah wayar kitorang. jgn ganggu tempat dia.

6. bila cucu nye balik upah cucu cucu buat dajal kat orang. tuang tuang sampah depan pintu. datang jerit jerit kat tangga macam orang kene sawan babi and macam macam. memalukan diri sendiri. makhluk paling bangang penah ai jumpe.

7. bile dia repair balik kedai tu and tak cukup duit nak betul kan seme, padahal kitorang tinggal dalam keadaan elok je, tapi dah hampir 5 bulan tak de sape peduli. boleh bayang jadi cemane? tetibe datang kat kitorang and cakap betul kan balik tingkap kedai dia yg dah nak roboh.

what the hell? dulu kau yg beria suruh org move out. kau dah malu kan diri kau sendiri bila jaja cerita pasal dedi ai kat orang merata. but, seriously, sape yg dia cite buruk pasal dedi ai tu seme dtg bagitau kat kitorang and kutuk dia balik. sampai kan seme orang kat area sini dah tau perangai dia yg PHD tu. oh malu nye! please la. seme org area sini know my dedi better than u la bitch!

bukan kitorang yg malu kan dia kan? but, dia yg malukan diri sendiri. sape setuju tenyeh hidung sekali. ntah la. kalau ai ditempat dia la kan. ai takkan dtg la mintak soh betul kan tingkap tu. eh memalukan la. hari tu org nak kuar elok elok nak tinggal kan dlm keadaan yg elok bg mudah bila kau nak guna balik, kau gesa soh kosong kan cepat. then sekarang datang tagih duit org pulak. oh bitch! you're so bitch! 

fyi, ni first time ai kutuk orang sampai mcm ni sekali dalam blog. baik belog yg ni atau pun blog yg lame. eh, kalau pasal org lain boleh sabar lagi. tapi kalau melibat kan makcik tua tak sedar diri sekor tu, ai memang berapi.

and for sure, my dad will fulfill her req. sbb ape? kesian tgk dia malu kan diri dia lagi after this. because, for sure dia akan pesan kat org tu pesan kt org ni soh bgtau kat kitorang ape yg dia nak. and then org org tu kan buat bodoh je dengan permintaan dia. so shame of you bitch!

and, rasa macam nak gelak sampai cirit bila dengar statement dia yg penuh dengan kebongkakan dan kebongokan tu:

"Dalam hidup saya ni, saya jaga tiga benda. pertama, harta saya. kedua, anak-anak saya. ketiga, penampilan saya"

sila gelak sama sama ok. eh mak cik, or i should call u tok nek. agama nombor berapa ek? patut la bertindak macam org takde akal kan? ntah la.

dah puas ngutuk orang. jom kita Istighfar pulak. Astaghfirullah hal Azim. harap harap lepas ni ai boleh lupa kan je perbuatan dia dgn senang hati. and semoga Allah mengampunkan dosa ai and dosa dia. amiiinnn...


wordless wednesday #1


p/s: hensem pok cik gugel hari ni ek..

Sunday 21 August 2011

cerita frust

Assalamualaikum w.b.t

selamat mencari lailatul qadar. dua tiga hari ni memang ai takde mood langsung nak blogging. sekarang ni perut tengah memulas-mulas kelaparan, kepala berpusing-pusing tak ketahuan hala and.. and.. and.. dah la tu sikit sikit.

hari ni ai nak bebel sikit je. kecewa la tengok budak budak sekarang ni. especially yg pompuan. bukan nak kata ai ni budak baik sangat. taakkk. cuma nye.. ntah la.. sedih la..

bulan bulan puasa ni langsung tak jage perkataan, langsung tak jage perlakuan. baru baru ni, ada satu geng budak sekolah datang guna internet. pompuan sume. and time tu bilik internet memang penuh dengan geng dorang je la. then, ai tak tau la ape kes nye. tetiba je dengar dorang mencarut kemain kuat. maki mak bapak bagai. siap cakap 'ingat hang dah dapat kote tuuuttt tu dah bagus sangat ke'. eh bangge pulak. boleh ke?

masa diorang nak turun pulak, ai dengar dorang sembang 'weh, nak pergi serang minah tu tak? aku nak pi terus balik ni. kita pi pakai shortpants ek. biaq depa tawww sikit'. adik.. ni bulan puasa. ok fine. ai hanya mampu diam sebab dorang dah berlalu.

then, hari ni. ada 4 orang budak 2 laki and dua perempuan. datang nak guna dua pc. masuk bilik internet tutup pintu rapat rapat. lantak kau orang lah. ai banyak lagi keje nak buat. salah sorang budak tu selalu datang. so tak suspect ape ape. but then, bila dorang nak bayar ai bau rokok kuat sangat. dalam hati cakap 'dermm.. malaun mane isap rokok kat bawah ni. ni mesti keje hindu cian tak puasa nih'

then lepas bilik tu dah kosong, budak technician ni pegi masuk bilik internet sebab dia tengah backup data pc customer dekat pc dalam bilik tu. tetiba dia cakap 'akak, budak budak tadi isap rokok kat dalam bilik tu'. ai hanya mampu urut dada je lah. kalau tau awal tadi memang dah kene tazkirah zohor dah depa tu. haishh.. berangin satu badan. jenuh sembur perfume nak bagi hilang bau. penyudah nye segala yg ai makan sahur tadi berkubur dalam lubang jamban. muntah! nasib baik hari ni ABC.

and, ape yg paling penting sekali, dorang semua MELAYU and yes, they are all MUSLIMS sbb pakai tudung and uniform sekolah.

and yes, korang semua tu tak lawa pon. so, jaga la peribadi biar ade yg sejuk hati tengok nak buat bini, buat menantu. ni.. HAPRAK! habuk pon takde. ----> (nak cakap camni kat dorang boleh? ekekekeke) 

Thursday 18 August 2011

Segmen: Memori Ramadhan by Sakura

Assalamualaikum w.b.t

sambil buat kerja yg konon nye sibuk sangat tu sempat jugak ai belek dashboard tgk entry best. pastu nampak si  Mohd. Yunus ni join segmen cam kat title tu. tetibe hati yg gedik terasa nak join pulak. hehehe.

untuk maklumat lanjut sila lempang budak dua eko kat bawah ni :p


ok, meh sini nak cite. masa kecik dulu ai ni memang nakal gile. walaupon seorang amoi tapi ngalahkan budak jantan. setakat kene kejar dgn bapak kawan keliling kampung tu takde ape hal la kan. so, bila masuk bab posa pon mesti ade lobang sane lobang sini. 

meh ni ai nak ajo adik adik kecik ponteng puasa. hehehe. masa zaman kecik kecik dulu. sek rendah la kan. bulan puasa je mesti WAJIB beli jajan banyak banyak. nak buat ape? haish.. bkn utk makan time ponteng. untuk bawak bekal pegi teraweh. hahaha. wajib tu. time teraweh je, standard la budak kan. solat 8 sudah la. lepas tu pakat kumpul kat luar makan jajan. boleh eksen ngan kawan kawan kalau ade jajan banyak. pastu karang org tua tua moreh bantai makan lagi. then, kalau ade lebih jajan tu simpan utk makan sahur. kalau dah makan siap siap nnt tengahari tak teringin dah kan. kan. kan.

mana ade cite ponteng pon. kan? ok, ni die haa.. dulu dulu bulan puasa je ai selalu mintak dbelikan air tin. ekceli dedi ai tak suka kitorang adik beradik makan jajan jajan camtu. tapi ai soh mom beli kan la. baru sporting sket. lepas tu time sahur ai bukak la air tu minum sket. then baki nye simpan dalam peti ais and cakap kt mom nak simpan bukak puasa nanti. masa simpan tu punye la beria je siap jerit kuat kuat bg adik adik lain dengar.

"Air ni aku dah tande alip lam lam heee.. sape amek dose tau.."

then, bila tengari je org lain tido mula la bukak peti ais, bwk air tin tu lari masuk toilet, teguk sampai abes. perghhh.. nik mat nye tak terkata. nice tak? lepas tu pegi dapo isi air masak simpan la balik dlm peti ais. bila mom angkat tin tu tgk kene minum ke tak rasa la tin tu berat lagi kan. hehehe. menjadi taktik kotor ku. better dari telan air paip banyak banyak masa ambil wuduk tak pon mandi kan?

lastly, ema nak tag si ILASYAMILA ni. sbb die ni malas godek tuto utk buat doodle. so, ila join tau. untung untung dapat dudel pree gitu. huhuhu.

ok. babai.

My first doodle

Assalamualaikum w.b.t

dua hari lepas konon tak update sbb tk bawak spec. semalam pakai spec tk update jugak. dasar pemalas betul. eh tak. semalam ai busy melukis doodle uuu.. huhu.. tak de la cantik sgt tp masuk lm kategori jadi la. eceh.. perasan sendiri pulak. takpe.. jap gi korang nilai la cemane ok. ha.. fyi, ai buat doodle tu ikut tutorial yg ade kt sini. simple je tuto die and senang gile nak paham. kalo kau org pon teringin nak main lukis-lukis boleh la pegi jengah situ ok.

Sape gelak batal puasa kau hari ni

selain sibuk buat doodle ai pon sebok edit gambo. pakai photoshop tau. tak main la photoscape. hehehe. berguna woo tutorial yg melambak-lambak dlm internet nih. senang je nk follow. and so far jadi la jugak gambo-gambo yg ai edit tu.


ok, cukup la sikit-sikit kan. sekarang ai dlm proses memdudelkan membe sorang nih. tk tau la jadi ke tak. sebelum tu, ai nak bebel sket la kan. budak-budak sekarang ni makin teruk ek perangai. tak caya korang bace sini. sanggup tu wat mak bapak macam tuh. ai ni parents masam muka sket je dah gelabah sibuk pikir nak beli ape ek nak pujuk bagi senyum balik.

ntah la, tangan di dada mata ke atas je la....

Monday 15 August 2011

Entry cepat-cepat

Assalamualaikum w.b.t

bila org rabun kehilangan spec. semua nye jadi serba tak kena. aduuhhh.. tolong jgn migraine! boleh pulak ai tertinggal spec hari ni. so, tak dapat la nak blogwalking banyak-banyak. sebab kalau ai jengah belog kau org semua pon cuma dpt tekan button follower n tinggal cop jari kaki sket. tak best la kan mcm tu.

neway, thanks kepada semua yg sudi jengah blog baru nak hidup ni. kalau ade yg ai tk jengah lagi tu sila bgtau kt komen entry ni ok. addduuuhhhh.. pening! kalau dah ok sket jap gi ai akan tepek kat kau org entry yg berpekdah sket ok. 

babai


p/s: sedar tak sedar hari ni dah 15 hari kita puasa kan? cepat nye..... 

Sunday 14 August 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Assalamualaikum w.b.t

dah join segmen join lagi. tamak betul amoi ni kan? ahh.. kau diam! ai baru nak bangun jgn nak jatuh kan ok. kali bukan dari bro ben lagi dah. but, dari AA (Anif Abdullah).


ok, ai tak mau tag sape-sape. sebab takde ramai geng lagi pon. hehehe. ops sebelum lupa. AA tanye pasal hobi. aisemen..

nama ai 'AMOI'. jgn tanye banyak tau. panggil amoi je. hobi pulak. takde hobi sebenar nye. buat je ape yg nak buat bila ade masa lapang tuh. tapi antara aktiviti peberet utk isi masa lapang tu membaca la. tak kisah la ape jenis bacaan tu. baca buku boleh. baca blog boleh. baca mesej apek (bopren amoi) pon kira bace jugak kan. hehehe. 

ok. sape yg follower bawah 500 ratus tu meh join ramai-ramai. picit lori tu ok. babai.

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Assalamualaikum w.b.t

awal-awal ni memang rajin la ai nak update belog nih kan. lepas tu mula gelabah cari kontest and GA. sian kan? kau nak kutuk kira siap-siap pahala kau tinggal berapa je hari ni ok.

tapi best gak ape dapat kad raya. sumpah ai dah lama gile tak dapat kad raya. maklum la. semua org gila dgn teknologi yg wujud skrg ni. so, tak main la kad-kad raya ni. ye dak?




dah. cukup bebel. nak join tekan sini ok.

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Assalamualaikum w.b.t

ai memang tunggu bro ni wat segmen weh. ye la, belog baru kan. memang merangkak la nak cari follower. sebenar nye ai bukan la gila follower sangat pon. cuma, nak jugak ade org yg bace ape yg ai karut kan. betul tak kau org?

kau tak payah tanye la nak kene buat macam mane. memang wajib la letak header meletops ni.


ok, kalau ai tanye kau orang memang la kau org cakap belog ai tak best kan. entry baru ade 4 termasuk yg ini. best kejadah nye. ye tak? tapi tak pe. banyak lagi yg ai nak kene setting ngan belog ni. hopefully, kau org sudi la jengah sini selalu tau.

Tips untuk bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Awas! entry panjang berjela. kalau nak bahagia sila baca sampai habis.

Pernah tak kaw pikir hidup kau ni banyak musibah? Pernah tak kaw terpikir yg hidup kau ni sentiasa caca merba? Pernah tak kau rasa kusut macam semua masalah dilambak atas kepala kau? Pernah tak kau rasa Tuhan tak adil dalam mengatur hidup kau?

Kalau pernah, that’s must something wrong somewhere kau tahu? Sebab ape? Sebab nye Tuhan tak penah uji hambaNya melebihi tahap kemampuan seseorang tu. Kau tahu kan? So, bukan masalah Tuhan tak adil ke ape hidup kau miserable. But semua tu salah kau sendiri. So, sekarang meh kita cekidaut cemane nak hidup dalam kehepian yg melampaui batas.


Jaga hubungan dengan Allah

Cik adik, cik kak, cik abang, makcik, pakcik sekalian. Sebelum kau nak salahkan takdir dengan apa yg berlaku dalam hidup kita, ce pikir balik. Hubungan kau dengan Allah cemane? Kau buat tak apa yg Allah suruh? Kau tinggal tak solat lima waktu? Kau puasa tak dalam erti kata yg sebenar nye? Kau tinggal tak segala maksiat kepada Allah. Kalau ada, cepat-cepat la istighfar. Tanamkan tekad dalam hati yg kau tak nak lagi buat semua tu. Buat cuma ape yg Allah suruh and tinggal segala yg Allah larang. Baru la kau akan rasa hepi.

Ini tak. Ape yg Tuhan suruh buat kau buat tak peduli. Apa yg Tuhan larang kau tergedik-gedik la nak buat. Lepas tu nak banyak cekadak pulak. Sumbat cekodok dalam mulut tigaratuspatbelas bijik kang baru tau.


Jaga hubungan dengan Rasulullah

Kau tau tak betapa penting nye selawat ke atas Nabi tuh? Sehari berape kali je kau selawat? Kau tahu tak yg kita semua ni bertuah sebab dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad? Sebab ape? Sebab nye dekat akhirat nanti Nabi akan tunggu umat Baginda untuk bagi syafaat. Kau tak malu ke masa kat dunia kau tak pernah ingat kat Baginda. Sunat-sunat Baginda kau anggap benda remeh. Bila dengar orang sebut saallahualaihi wasallam kau diam, berat mulut nak jawab. Tetibe masa kat akhirat kau nak mintak syaafat drai Baginda. Kau ingat Baginda akan kenal kau ke?

Macam mana la kau nak rasa bahagia kalau kekasih Allah kau sisihkan? Ingat, perasaan bahagia tu Allah yg titip kan dalam jiwa aku dan kau-kau semua.


Jaga hubungan dengan manusia

Yg ni part yg paling penting ai rasa. Sebab nye, dosa dengan Allah kau boleh mintak ampun. Boleh buat solat taubat. Tapi kalau dosa dengan manusia, selagi manusia tu tak ampunkan, kau bawak la dosa tu sampai ke mati. Dosa manusia dengan manusia Tuhan takkan ampun kan selagi manusia tu tak ampunkan.

Kau tahu, bila dosa dengan manusia tu kau bawak sampai mati, dekat akhirat nanti bila kau pegi mintak ampun kat manusia tu, dia akan mintak pahala amalan kau sebagai ganti. Kau bayangkan, amalan yg kau buat kat dunia ni ade la seciput dua. Lepas tu dosa yg kau buat dengan manusia-manusia ade dekat seratuspatpulohnamribumelion. Berapa je pahala yg kau ada utk kau tunjuk kat Tuhan masa kene soal nanti?

Tak payah cite kat akhirat la. Kau bayangkan kat dunia ni pon. Bila kau banyak dosa dengan manusia. Hubungan dengan manusia kau tak jaga, kau rasa bahagia ke? Tenag ke hidup kau?


Setiap sesuatu tu, lakukan kerana Allah

Kau pernah dengar tak hadis ‘Setiap amalan itu bermula dengan niat'? so, bila nak buat sesuatu tu niat la kerana Allah. Bila dapat assignment bertimbun-timbun kau mula kalut. Lepas tu buat sebab nak puas kan hati lecturer. Siap kan assignment sebab risau carry mark sikit. Rasa bahagia ke macam tu?

So, kalau nak rasa bahagia walaupun assignment or kerja bertimbun-timbun sampai nak tidur pon kene cari space kat bilik tu, niat lah kerana Allah. Ingat, Allah bersama orang-orang yg sabar.

ok, sampai sini dulu tazkirah kita utk pagi ni. anggap la ni kuliah Dhuha utk kau semua. tau ke Dhuha tu ape? lempang nak? artikel ni dicopy dari somewhere tapi diexplainkan oleh ai sendiri. so kalau ade yg terasa tu ai mintak maap siap-siap la ok. ingat, hubungan ngan manusia kene jage. hehehe.

kepada yg nak cakap 'ek eleh amoi ni, dah la amoi nak bg tazkirah lak'. meh nak lempang kau sedas dua. bulan puasa tak baik ngutuk tau. dalam hati pon tak boleh. and entry ni bukan la nak sindir sape-sape. tapi peringatan utk kau org and diri ai sendiri jugak. nobody's perfect kan!



Tahniah sebab berjaya baca sampai habis. Nah sekupang :)

Saturday 13 August 2011

Jom Join Bloglist Miss Nadya

Assalamualaikum w.b.t

entry kedua utk hari ni and entry kedua utk belog ni. so, sejak jadi blogger baru ni terpaksa la ai rajin kan diri utk blogwalking kan. time jalan-jalan tadi terjumpe pulak bende alah ni. rasa macam tak salah nak join. follower dia dah nak dekat seribu woo. meh picit sini klo nak tengok.



sebagai seorang insan yg bernama 'Amoi' kompem la ai ni pompuan kan. so ai nak masuk dalam list Blogger Cun sebab ai memang cun. hehehe. haipp.. bulan posa kene banyak sabo ok.


Babai.. thanks sudi baca!

Belog Baru

Assalamualaikum w.b.t

Selamat tengahari. dah 13 hari kite puasa kan? haishh.. panas betul hari ni. bukan panas hati la. cuaca. kepada yg tak puasa tu, cover-cover la hoi. kang kene tangkap baru gelabah kau nak carik alasan tak mau malu. dasar!

hari ni lahir lagi seketul belog baru. memang dasar tak tetap pendirian. so bermula hari ni ai bergelar blogger baru walaupun sebenar nye dah hampir 4 tahun ai berkecimpung dalam dunia belog-berbelog ni. belog lame? usah ditanya. 

so for the first day ni, tak banyak yg ai nak cakap. sebab nye sibuk lagi menyetting belog baru ni. mane nak buat header lagi. mane nak cari kawan-kawan blogger lame lagi. mane nak semak kn belog ni lagi. so, same-same tunggu ok ape nak jadi ngan blog ai neh.

ekceli ni ai bukan la type-type yg gedik merenyam-renyam sebab pakai kaler pink. tapi rasa macam alololo sweet nye kaler belog ni. sejuk mate memandang bila pakai kaler gitu kan. so, take note k. jgn salah paham ngan ai. ai ni ganaz wokeh. tahap mane je ganaz nye? ntah lah!



Thanks sudi bace!